Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Segala puji bagi Allah S.W.T, dengan keizinanNya, blogspot Dewan Pemuda PAS Kelana Jaya berjaya dibuat tanggal 1 Rejab 1423 Hijrah bersamaan 3 Jun 2011.
Dengan adanya blogspot ini, akan memudahkan masyarakat, khususnya anak-anak muda di kawasan Kelana Jaya untuk mengetahui program-program yang diadakan oleh Dewan Pemuda PAS Kelana Jaya, maklumat dan isu-isu semasa yang berlaku, dan juga berkongsi maklumat di ruangan yang disediakan.
Semoga dengan medium ini dapat merapatkan hubungan masyarakat khususnya anak-anak muda dengan kami, Dewan Pemuda PAS Kelana Jaya.
Sebarang maklumat yang ingin dikongsi, boleh hubungi kami melalui:-
- Emel: dppkelanajaya@gmail.com
- Shoutbox di blogspot ini.
- Facebook Page Dewan Pemuda PAS Kelana Jaya
'Memimpin Kebangkitan Anak Muda'
Thursday, 3 November 2011
KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR JAIS PERLU RAIKAN ARTIS YANG TELAH ‘BERHIJRAH'
KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR
JAIS PERLU RAIKAN ARTIS YANG TELAH ‘BERHIJRAH'
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengalu-alukan dan menyambut baik ‘penghijrahan’ beberapa orang artis yang kini berkecimpung di dalam bidang dakwah seperti Ustaz Akhil Hayy, Wardina, Sham Kamikaze, Radhi Melissa, HJ Azmil ‘Ali Setan’ Mustapha, Iwan Dangdut dan ramai lagi selain Bob Lokman. Kehadiran artis-artis ini telah mencetuskan revolusi dakwah baru yang telah menarik minat anak-anak muda remaja untuk kembali memahami dan mengamalkan ajaran agama Islam secara menyeluruh. Sehingga kini sambutan masyarakat terhadap program-program yang membabitkan para artis-artis yang telah ‘berhijrah’ ini mendapat sambutan yang cukup hebat. Selain peminat-peminat ‘tegar’ artis-artis terbabit, rakyat Malaysia secara keseluruhannya telah dapat menerima penglibatan artis-artis ini di dalam bidang dakwah dan berkongsi pengalaman mereka menerima ‘hidayah’ petunjuk daripada Allah SWT. Janganlah disebabkan perkara yang terlalu remeh menyebabkan pihak JAIS hilang pertimbangan sehingga mengambil tindakan yang tidak wajar di dalam menghentikan revolusi dakwah baru ini. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mencadangkan pihak JAIS sepatutnya mengambil pendekatan yang lebih mesra terhadap para artis yang telah ‘berhijrah’ ini dan menjadikan mereka sebagai ‘ikon’ dakwah JAIS kepada masyarakat. JAIS perlu menyediakan kursus-kursus dan garis panduan dakwah kepada para artis selain mengatur seliakan program-program dakwah yang perlu diisi oleh para artis tersebut untuk menarik minat masyarakat kembali kepada pengamalan Agama Islam yang sebenar. Akhirnya, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor melahirkan rasa kebimbangan dengan tindakan ‘menghukum’ yang akan di ambil oleh pihak JAIS ke atas Bob Lokman dan rakan-rakan artis seangkatannya akan ‘menghanyutkan’ semula anak muda yang kini dilihat semakin jinak dengan agama selain akan meninggalkan persepsi negatif masyarakat yang melihat JAIS sebagai agensi yang tidak mesra dakwah dan anti artis hijrah.
USTAZ HASBULLAH MOHD RIDZWAN
KETUA PEMUDADEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR
02 November 2011
Subscribe to:
Comments (Atom)
