Selain itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia juga menyokong saranan Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mohamad Sabu supaya pihak Kerajaan dan SPR menerima pakai lapan tuntutan BERSIH 2.0 (Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil) untuk dilaksanakan tanpa ada dolak-dalik lagi. Lapan tuntutan tersebut pastinya akan menyebabkan pilihanraya menjadi adil dan telus kepada semua pihak. Adakah pihak Kerajaan UMNO/BN dan SPR bersungguh-sungguh untuk tidak menjadikan pilihanraya yang akan datang ini bersih, telus dan adil? Dimana tidak kenanya tuntutan BERSIH :
- Adakah permintaan supaya MEMBERSIHKAN DAFTAR PEMILIH boleh mengancam keselamatan Negara?
- Adakah saranan supaya MEREFORMASIKAN UNDI POS boleh menyebabkan Negara darurat?
- Adakah MENGGUNAKAN DAKWAT KEKAL terlalu mahal berbanding sistem Biometrik?
- Adakah AKSES KEPADA MEDIA SECARA BEBAS DAN ADIL untuk semua parti yang bertanding satu tindakan yang keterlaluan sehingga boleh menyebabkan huru-hara?
- Adakah permintaan MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI terlalu ekstrem?
- Adakah permintaan supaya PENGUKUHAN INSTITUSI AWAM supaya tidak dipergunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dianggap bahaya dan berbaur hasutan?
- Adakah saranan supaya HENTIKAN RASUAH boleh mencetuskan pergaduhan antara kaum?
- Adakah permintaan supaya HENTIKAN POLITIK KOTOR terlalu sukar untuk difahami?
Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia bersetuju dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS bahawa sekiranya UMNO/BN bersungguh-sungguh merasakan bahawa mereka akan dapat menawan semula Negeri Selangor dengan kelebihan majoriti 20 kerusi maka mereka sudah pasti telah menjalankan dan melaksanakan gerakerja yang kotor dan luar tabi’ie sepertimana yang telah dilakukan terhadap kerajaan PAS Terengganu lalu. UMNO/BN sememangnya tidak boleh dan tidak akan dapat mempertahankan kesinambungan politik mereka sekiranya mereka tidak melakukan helah dan penipuan dengan mempergunakan institusi jabatan-jabatan kerajaan. UMNO/BN pasti tidak akan mampu untuk mempertahankan kuasa pemerintahan mereka sekiranya sistem pilihanraya di dalam Negara ini dadakan secara bebas dan adil.
Oleh itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia mempertegaskan supaya pihak Kerajaan dan SPR bertanggungjawab untuk mengendalikan pilihanraya umum yang ke 13 akan datang ini secara bebas, telus dan adil ataupun mereka akan menghadapi gelombang kebangkitan amarah rakyat yang sudah jemu dan jelak dengan sikap berdolak-dalih mereka melalui GELOMBANG RAKYAT BERSIH 3.0. InsyaALlah.
MOHD SANY BIN HAMZAN
PENGARAH JABATAN PILIHANRAYA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
08 Ogos 2011

No comments:
Post a Comment