Menyedari bahawa UMNO/BN sepertimana track record yang lalu, akan sanggup menggunakan apa jua cara by hook or by crook, untuk mengekalkan kuasa di tangan mereka terutama selepas mereka dilanggar tsunami politik pada Pilihanraya Umum ke 12 tahun 2008.
Menyedari bahawa sejak dua tahun kebelakangan ini, sedang berlangsung satu projek sulit mengeluarkan kad-kad pengenalan terutamanya kepada warga asing dengan tujuan untuk didaftarkan sebagai pengundi.
Menyedari ianya bukan satu rahsia lagi bahawa komplot dan perancangan yang sama pernah dilaksanakan di Sabah melalui 'Projek I.C' pada tahun 1980 an dan 1990 an bagi menumbangkan Kerajaan Sabah yang diterajui oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) pada ketika itu di mana ratusan ribu pendatang tanpa izin dan penduduk tetap diberikan hak kerakyatan dan kad pengenalan dan seterusnya didaftarkan sebagai pengundi.
Menyedari bahawa komplot dan perancangan sulit ini tidak lain tidak bukan adalah hasil unholly alliance antara UMNO/Barisan Nasional dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang merelakan diri mereka untuk dijadikan perkakas dan pada masa yang sama Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membiarkan perkara ini berleluasa.
Menyedari bahawa sudah lebih puluhan ribu warga asing diberikan kad pengenalan dan kebanyakannya telah didaftarkan sebagai pengundi di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat seperti Selangor, Kelantan dan Kedah.
Menyedari bahawa kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) seolah-olah tidak mengambil perhatian serius untuk menangani perkara ini.
Menginsafi bahawa jika perkara ini dibiarkan berleluasa tanpa sebarang tindakan tegas diambil, ianya bakal menyebabkan PAS dan Pakatan Rakyat tewas teruk termasuk terlepas negeri-negeri yang dikuasai dalam Pilihanraya akan datang.
Menginsafi bahawa keselamatan dan kedaulatan negara Malaysia yang kita cintai ini akan juga terancam jika pemberian kad pengenalan kepada warga asing secara besar-besaran untuk tujuan politik ini tidak dihentikan,
Maka Muktamar Parti Islam Semalaysia Pas Kali 57 yang bersidang di Dewan Dato' Fadhil Mohd Noor Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZIM) pada 1 hingga 3 Rejab 1432H bersamaan 3 hingga 5 Jun 2011
Mengambil ketetapan bahawa:
a) Mendesak supaya satu Suruhanjaya Diraja Siasatan bagi menyiasat perkara ini ditubuhkan menurut Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 dengan perkenan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di mana ahli-ahli suruhanjaya tersebut dilantik dari kalangan mereka yang berwibawa, bebas dan berkecuali.
b) Menuntut supaya Kementerian Dalam Negeri dan juga Jabatan Pendaftaran Negara khususnya mendedahkan secara terperinci statistik berapakah jumlah taraf kewarganegaraan dan kad pengenalan yang telah dikeluarkan kepada warga asing dan penduduk tetap terutamanya sejak sepuluh tahun kebelakangan ini mengikut negeri.
c) Mendesak supaya jentera PAS dan Pakatan Rakyat di negeri-negeri dan kawasan-kawasan memantau secara rapi pergerakan komplot mengeluarkan kad pengenalan dan membuat tangkapan awam terhadap mereka jika didapati berlaku.
d) Sekiranya keadaan mendesak, PAS dan Pakatan Rakyat perlu mengambil satu tindakan undang-undang diambil terhadap JPN dan/atau SPR dan pada masa yang sama memohon satu perintaah injunksi sementara diambil bagi menggantung segala proses pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing.
e) Memasukkan isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing ini sebagai salah satu tuntutan di dalam agenda Bersih 2.0 yang akan mengadakan perhimpunan Bersih 2 pada 9 Julai 2011.
Diambil daripada: Muktamar PAS 57

No comments:
Post a Comment